Petua 1
Petua
ini sering diamalkan oleh penyanyi tradisional lama serta qari dan
qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi
air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu,
kemudian minumlah ia sebagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu
sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu utk menjaga suara, jgn
minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air
masak sahaja.
Petua 2
Sediakan secawan air
pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air
tersebut sebelum membasuh muka atau gosok gigi dahulu.