Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria
Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria
yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit.
Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih
sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan
berasa pahit apabila dimakan.