PETUA – Makan
buntut burung Pelatuk Bawang. Sekiranya dimakan oleh wanita akan
sentiasa dicintai suami dan dapat mengalahkan sebarang kekuatan jahat.
Segala kehendak wanita itu akan dituruti, dipuja dan dikasihi zahir dan
batin.
Burung Pelatuk Bawang juga
dikenali dengan nama jelatuk dan belatuk. Dalam bahasa Inggeris, burung
pelatuk dikenali sebagai Woodpecker. Woodpecker terangkum dalam spesis
‘pecidae’. Terdapat banyak jenis burung pelatuk seperti belatuk ara,
belatuk gunung, belatuk hijau, belatuk mas, belatuk merah, belatuk
pinang, belatuk punggur, belatuk raja, belatuk rotan, tetapi hanya
belatuk bawang sahaja yang dianggap mempunyai banyak keistimewaan.
