Melahirkan bayi yang sihat
dan sempurna tentunya menjadi idaman setiap pasangan. Terutamanya bagi
anda yang bakal bergelar ayah dan ibu. Dalam usaha mendapatkan bayi yang
sihat, terdapat beberapa petua semasa mengandung yang boleh diikuti.

Imej hiasan wanita mengandung-kompas.com
1. Si ibu haruslah bijak mengawal perasaan diri sendiri.
- Hindari daripada asyik memikirkan sesuatu masalah.
- Terlalu bimbang serta takut terhadap sesuatu perkara.
- Jauhi berprasangka yang tidak baik. Malah pohon dan serahkan semuanya kepada yang Maha Kuasa.
2. Elakkan memakan makanan yang berbisa. Contohnya macam buah nanas, ikan sembilang, ikan pari dan juga tapai.

Gambar tapai
3. Pada setiap waktu pagi, amalkan menyedut udara segar dan bersih.
Ia bertujuan untuk menyihatkan diri serta anak dalam kandungan anda.
4. Pastikan anda tidur dan mendapat rehat yang secukupnya.
Tapi elakkan tidur pada waktu yang kurang baik seperti selepas Subuh,
selepas Asar, sewaktu hari hampir senja dan selepas Maghrib.
Di samping itu, elakkan juga daripada terlebih tidur. Ini kerana anak tersebut akan mewarisi sifat malas dan lembab.
5. Banyakkan bergerak.
Anda boleh bergerak ataupun berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah
ataupun di ruang yang lapang. Praktikkanlah kira-kira dalam 30 minit
hingga 1 jam sehari.
Elakkan juga daripada duduk terlalu lama. Sebaliknya banyakkan berdiri.
Kalau penat atau tak larat, duduklah sekejap. Kemudian berdirilah semula
yer. Pergerakan ini amat membantu terutamanya ketika anda hampir nak
bersalin kelak.
Ia akan memudahkan anda semasa proses melahirkan anak nanti. Bagi anda
yang beragama Islam, sudah tentu pergerakan yang terbaik adalah melalui
solat. :)
6. Banyakkan minum air putih.
Minumlah sekurang-kurangnya dalam 6 ke 7 gelas sehari. Ia dapat menambah kesegaran dan memudahkan anda melahirkan anak nanti.