Anzalna Nasir merupakan nama yang sedang meningkat naik pada masa kini.
Penampilannya yang cantik dan menarik sering menjadi tumpuan pihak media
dan peminat dunia hiburan tanah air.
Menurut Anzalna, antara rahsia kecantikan yang sering beliau amalkan
adalah menyapu putih telur di muka. Ini kerana, kandungan protein yang
terdapat dalam putih telur difahamkan mampu melembabkan kulit wajah dan
mempercepatkan proses penjanaan pada kulit wajah. Selain itu, bagi
mengekalkan keserian wajah, Anzalna turut mengamalkan ucapan selawat
setiap kali membasuh muka.
Merujuk kepada penjagaan rambut yang sihat dan bersinar sepanjang masa,
Anzalna hanya mengamalkan cucian rambut setiap hari dan menyapu vitamin
rambut secara konsistan. Selain itu, untuk penjagaan badan pula, Anzalna
hanya mengamalkan pengambilan makanan secara sederhana dan mengelakkan
pengambilan makanan laut secara sewenang-wenangnya kerana beliau alah
dengan makanan tersebut.
Apabila berkongsi mengenai fesyen, Anzalna mengakui bahawa beliau
seorang yang amat peka dengan perubahan fesyen semasa. Bagi kelihatan
menarik dan bergaya, beliau sanggup berbelanja lebih bagi mendapatkan
busana, kasut, dan aksesori yang diidamkan. Namun begitu, beliau bukan
seorang yang mementingkan barangan berjenama. Cukup sekadar kelihatan
cantik dan menarik untuk diperagakan, beliau akan membelinya tanpa
berfikir panjang
