Petua Melayan Suami Supaya Rumahtangga Sentiasa Bahagia
1.
Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta
biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman
panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam
termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau bolehsediakan
kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut
kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan
ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin
kebersihannya.
2. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami
bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau
masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan
goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan
yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana
meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut
seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
3. Apabila pakaian
suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah
dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan
cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan
melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami
akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari
halus isterinya.
4. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan
kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam
keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bergurau senda.
Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan
salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
