Majoriti di kalangan kita berhadapan dengan masalah siku dan lutut
kehitam-hitaman dan mati kutu. Bagaimana mahu merawat masalah ini sekali
gus menjadikannya cantik seperti asal. Petua yang mudah diikuti ialah
dengan memarut buah nanas segar yang telah dicuci bersih. Setelah
mendapat kuantiti yang mencukupi, sapukan ia pada siku serta lutut.
Gosok bahagian itu perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa minit agar
zat semula jadinya dapat memberikan kesan yang baik. Selepas itu bilas
dengan air suam sehingga hilang rasa melekit. Keringkan dengan tuala
bersih dan jangan lupa untuk menyapukan minyak bayi atau pun pelembap.
Petua ini boleh diamalkan sekerap mungkin dan selamat menikmati
hasilnya.